CONSERVATION OF TAHOMA TREE PROJECT
Kami berkumpul di Lobby tepat pada pukul 7.00 pagi dan selesai pada pukul 12.00 tengahari. Sebelum memulakan projek ini kami mendengar dan mempelajari teknik-teknik penanaman dan pembajaan pokok daripada Encik Jamli dari unit Landskap Unimas. Selepas mendengar dan mempelajari teknik tersebut kami beralih kepada teknik menggembur tanah dan pembahagian tanah. Pada pukul 8.30 pagi kami menjamu selera dengan sarapan yang disediakan unit Ajk makanan projek ini.Antara juadah yang di hidangkan ialah sandwich telur dan sardin beserta dengan Teh manis yang panas Selepas sarapan pagi kami terus menjalankan projek sehingga tengahari. Walaupun hujan sebentar kami tetap bersemangat menjalankan projek Tahoma ini. Pada waktu tengahari kami mengadakan majlis penutupan serba ala kadar dengan memberikan cenderamata kepada Unit landskap, Dr Siti Zanariah dan Pengarah projek iaitu Maisarah. ALL OF US BEFORE STICK OUR NAME ...